MENYULAM HURUF, MENYULAM JIWA : SENI KHAT UNTUK SEMUA
LANGKAH MENGUASAI SENI KHAT by Aisyatul Najiha APA ITU KHAT? Dari segi etimologi, istilah "khat" lebih dikenali sebagai seni kaligrafi Islam, yang merupakan bentuk ringkas daripada perkataan "calligraphy." Kata ini berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu Kallos yang bermaksud keindahan, dan Graphein yang bermaksud menulis. Oleh itu, seni khat boleh ditafsirkan sebagai "seni menulis dengan indah," iaitu tulisan tangan yang membentuk huruf atau aksara yang menarik sebagai suatu bentuk seni (Siti Aliyya, 2020). Secara umum, seni khat merujuk kepada keahlian dalam menulis tulisan Arab atau Jawi dengan gaya yang unik sehingga menghasilkan bentuk tulisan yang indah. Sebagai salah satu cabang seni dalam Islam ...