MENYULAM HURUF, MENYULAM JIWA : SENI KHAT UNTUK SEMUA

LANGKAH MENGUASAI SENI KHAT by Aisyatul Najiha

        APA ITU KHAT?

        Dari segi etimologi, istilah "khat" lebih dikenali sebagai seni kaligrafi Islam, yang merupakan bentuk ringkas daripada perkataan "calligraphy." Kata ini berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu Kallos yang bermaksud keindahan, dan Graphein yang bermaksud menulis. Oleh itu, seni khat boleh ditafsirkan sebagai "seni menulis dengan indah," iaitu tulisan tangan yang membentuk huruf atau aksara yang menarik sebagai suatu bentuk seni (Siti Aliyya, 2020). 

Secara umum, seni khat merujuk kepada keahlian dalam menulis tulisan Arab atau Jawi dengan gaya yang unik sehingga menghasilkan bentuk tulisan yang indah.          
                            

Sebagai salah satu cabang seni dalam Islam yang berkaitan dengan tulisan, kaligrafi memiliki hubungan erat dengan sejarah perkembangan al-Qur’an. Seni ini menjadi representasi visual bagi ayat-ayat Allah dalam skala kecil (mikro), sementara alam semesta dan seluruh isinya merupakan manifestasi ayat-ayat Allah dalam skala besar (makro). 



      ASAS MENULIS ABJAD JAWI

ASAS MENULIS ABJAD JAWI by Aisyatul Najiha

Tulisan Jawi ialah sistem tulisan berasaskan abjad Arab yang telah disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu. Ia terdiri daripada 37 huruf, termasuk 31 huruf asal Arab dan 6 huruf tambahan yang mewakili bunyi khusus dalam bahasa Melayu, iaitu ca (چ), nga (ڠ), pa (ڤ), ga (ݢ), va (ۏ), dan nya (ڽ).




Untuk melihat kepada cara asas menulis abjad jawi, sila lihat di pautan ini : 

PANDUAN CARA MENULIS HURUF JAWI






  • Asas menulis abjad Jawi melibatkan pemahaman terhadap bentuk dan sambungan setiap huruf dalam tiga posisi utama dalam perkataan:                                                         




  • Bagi huruf  ا (alif)  tidak akan bersambung di awal dan di tengah perkataan



  • Cara sebenar untuk meletakkan titik pada huruf-huruf tertentu seperti huruf ب (ba') ت (ta) ث (tha') ن (nun) ي (ya')
- JIKA huruf seperti di atas bersambung dengan huruf yang lain, keadaan titiknya perlu berada sejajar di tengah-tengah anak rumah seperti di atas

- JIKA huruf itu berada pada akhir perkataan, maka titiknya akan kekal berada di tengah-tengah huruf dan sama seperti keadaan titik huruf tunggal itu sendiri.




  • Begitu juga dengan cara penulisan huruf-huruf lain adalah sama keadaannya seperti rajah-rajah di bawah:

  • Bagi huruf د (dal), ذ (dha), ر (ra'), ز (zai), و (waw) hurufnya tidak akan bersambung pada awal dan tengah perkataan seperti contoh:
           - DI AWAL PERKATAAN: دونيا (dunia), ذيكير (zikir), روتي (roti), زينب (zainab), والي (wali)

           - DI TENGAH PERKATAAN : ليده (lidah), مذهب (mazhab), بارو (baru), رزقي (rezeki),
                                                              بوِِڠا (bunga)












LANGKAH MENGUASAI PENULISAN KHAT

1. PERSEDIAAN PERALATAN KHAT
                               
  • PEN RESAM : Diperbuat daripada batang pokok resam. Batangnya yang kering sesuai dijadikan alat tulis kerana struktur dalamannya yang menyerupai span, membolehkan penyerapan dakwat dengan baik.
  • QALAM BULUH : Pen khat yang diperbuat daripada batang buluh. Buluh dipilih kerana sifatnya yang tahan lama, fleksibel, dan mampu menyerap dakwat dengan baik, menjadikannya sesuai untuk penulisan kaligrafi.
  • DAKWAT :Dakwat memainkan peranan penting dalam seni khat, mempengaruhi keindahan dan kelancaran penulisan.
  • ALATAN SOKONGAN LAIN:
          - Pisau
          - Gunting
          - Kertas pasir

(Penggunaan alatan tradisional adalah lebih berkualiti, namun alatan-alatan ini memerlukan kepada alat sokongan yang lain)


  • PEN KHAT



  • JENIS KERTAS :
           - Kertas 'artpaper' (kertas putih licin)
           - Kertas Muqahhar (Kertas tradisional yang digunakan dalam seni kaligrafi Islam)
           - Kertas tracing (Digunakan untuk menyalin atau melatih tulisan khat)

  • TIPS PENYEDIAAN PERMUKAAN/ PELAPIK
           - Letakkan kertas di atas permukaan rata bagi memastikan kestabilan penulisan.
           - Gunakan alas lembut untuk mengelakkan dakwat meresap terlalu dalam ke kertas

Video berikut merupakan cara untuk menyediakan alatan menulis khat








2. MENGENALI JENIS/ GAYA KHAT

Seni khat, atau kaligrafi Arab, memiliki berbagai gaya penulisan yang berkembang seiring waktu dan budaya. Jadi, untuk mendalami seni khat ini, pengenalan kepada jenis-jenis gaya khat adalah penting.

KHAT NASAKH
KHAT NASAKH by Aisyatul Najiha
 

  • Gaya khat Nasakh:
Gaya Nasakh adalah antara gaya tulisan khat yang paling banyak digunakan, khususnya dalam penulisan al-Quran, kerana bentuknya yang kemas dan mudah untuk dibaca bahkan digunakan juga dalam penulisan berbagai teks buku pelajaran umum dan agama Islam dan lain sebagainya.

  • Ciri-ciri khat nasakh:
        - Mudah dibaca dan ditulis
        - Menggunakan garis acuan mendatar
        - Mempunyai bentuk bulatan dan lengkungan yang lembut
        - Tanda baca yang jelas dan tepat
        - Digunakan secara meluas dalam penulisan Al-Quran dan buku ilmiah


Gambar berikut menunjukkan ciri-ciri khat Nasakh



  • Langkah Asas Menulis Khat Nasakh

video berikut merupakan cara untuk menulis khat nasakh


  1. Mulakan dengan huruf-huruf tunggal seperti ا (alif), ب (ba), ج (jim), د (dal), ر (ra')
  2. Kawal ketebalan garisan dengan menekan dan mengangkat qalam pada sudut yang sesuai.
  3. Latih menulis dengan perkataan atau ayat yang pendek. contoh:
       4. Praktikkan dengan menulis ayat yang penuh





KHAT RIQ'AH
KHAT RIQ'AH by Aisyatul Najiha

  • Gaya khat Riq'ah :
Riq’ah ialah gaya tulisan yang ringkas dan moden, sesuai untuk kegunaan harian seperti mencatat nota atau menulis surat rasmi. Ia sering digunakan oleh mahasiswa dan pelajar pondok sebagai medium penulisan nota kuliah dan pelajaran kerana bentuknya yang mudah dan cepat ditulis.

  • Ciri-ciri khat Riq'ah :
          - Tulisan yang ringkas dan mudah
          - Huruf-huruf bersambung secara rapat
          - Bentuk huruf yang pendek dan lebar
          - Tidak menggunakan baris atas dan bawah secara berlebihan
          - Dihasilkan dengan cara menegak dan condong sedikit ke kanan


Gambar berikut merupakan ciri-ciri khat riq'ah




  • Langkah asas menulis khat Riq'ah


  1. Mulakan dengan huruf-huruf tunggal seperti ا (alif), ب (ba), ج (jim), د (dal), ر (ra')



      2.  Kawal ketebalan garisan dengan menekan dan mengangkat qalam pada sudut yang sesuai.
      3. Latih menulis dengan perkataan atau ayat yang pendek. contoh:


      4. Praktikkan dengan menulis ayat yang penuh




JENIS KHAT YANG LAIN




3. LATIHAN YANG BERTERUSAN

Berikut merupakan beberapa kaedah berterusan yang boleh dilakukan:

  1. Cara Memegang Pensil Khat

    • Pensil dipegang pada sudut 90 darjah terhadap kertas.

    • Jarak pegangan sekitar setengah inci dari hujung mata pensil.

  2. Cara Menggerakkan Pensil Khat

    • Tangan tidak terlalu menekan.

    • Mata pensil menyentuh kertas sepenuhnya semasa menulis.

  3. Postur Badan, Kedudukan Tangan dan Kertas

    • Badan dalam posisi tegak, tidak terlalu tunduk ke meja.

    • Lengan sentiasa berada di atas meja untuk kestabilan.

  4. Membuat Garisan Mendatar (ke Kiri dan Kanan)

    • Pastikan kelancaran pergerakan pensil tanpa tekanan berlebihan.

  5. Membuat Tulisan Melengkung

    • Latihan berulang untuk menghasilkan lengkungan dari atas ke bawah dan sebaliknya.



4. MENGGUNAKAN APLIKASI TEKNOLOGI

Teknologi moden juga telah banyak menyumbang kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam bidang seni khat. Berikut merupakan beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan seni khat dengan mudah.










KEPENTINGAN MEMPELAJARI KHAT by Aisyatul Najiha


Seni Islam yang Unik dan Berharga: Khat adalah salah satu bentuk seni Islam yang paling halus dan indah.

Ia dianggap sebagai warisan berharga dalam peradaban Islam dan dikaitkan secara langsung dengan Al-Qur’an.

Sejak wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW (Surah Al-‘Alaq 96:1-5), tulisan dan ilmu menjadi aspek penting dalam Islam.



Sarana untuk Dakwah dan Ilmu

  • Khat digunakan sejak zaman Rasulullah SAW sebagai alat komunikasi dan dakwah Islam.

  • Ia menjadi medium untuk menyebarkan ajaran Islam melalui penulisan Al-Qur’an, hadis, serta manuskrip ilmu Islam.


Mengekalkan Warisan Islam

  • Seni khat digunakan dalam seni bina Islam seperti mihrab masjid, kaligrafi hiasan dinding, dan dekorasi kitab suci.

  • Ia mencerminkan unsur seni visual yang kaya dengan nilai estetika dan spiritual.


Simbol Identiti dan Keindahan Islam

  • Tulisan khat mempunyai pelbagai jenis gaya seperti Naskh, Thuluth, Kufi, dan Riq’ah, yang masing-masing memiliki keunikan tersendiri.

  • Dalam banyak masjid, kaligrafi khat ditempatkan di mihrab sebagai elemen seni yang menarik dan memberi ketenangan kepada jemaah


Kepentingan dalam Pendidikan dan Latihan

  • Mempelajari seni khat memerlukan latihan yang berterusan untuk menguasai teknik menulis dengan betul dan cantik.

  • Dalam kajian seni khat, terdapat sistem seperti "Nizam Al-Nuqat" yang membantu dalam menentukan struktur dan bentuk tulisan.


Menjalinkan Hubungan Islam dengan Seni Visual

  • Khat berkait rapat dengan unsur seni lain seperti corak geometri dan arabesque dalam seni Islam.

  • Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tulisan tetapi juga sebagai elemen hiasan yang bernilai tinggi.



Kesimpulannya

Mempelajari ilmu khat ini sangat mudah jika disertakan dengan keikhlasan dan minat. Seni khat ini juga telah banyak menyumbang kepada pembinaan imej warisan islam yang sangat unik dan menarik kepada ajaran Islam. Seni ini juga mencerminkan bagaimana ciri-ciri Islam itu sendiri. 


"Buat pemula yang ingin mendalami ilmu ini, ingatlah bahwa setiap goresan pena adalah langkah menuju kesempurnaan, dan keindahan tulisanmu akan menjadi cerminan ketulusan hatimu.

Menulis khat bukan hanya tentang melukis huruf, tetapi tentang mengekspresikan jiwa dan semangat."




 













RUJUKAN

Mat, M. Z. A. & Husin, A. J. (2016). Teknik Memegang dan Menggerakan Pensil Khat Menggunakan Kaedah Carta Pai dalam Kalangan Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Rendah. Journal Islamics Studies in Indonesia and Southeast Asia. 1(2)

Hussin, R., Mokhtar, A., Jabbar, A. R. A. (2017). Seni Kaligrafi (Khat) di Mihrab Masjid-Masjid Negeri Malaysia dan Hubungannya dengan Seni Visual. Jurnal Seni dan Pendidikan Seni. 

Amrulloh, A. Y. (2022). Metodologi Yusuf Dzannun dalam Pembelajaran Kaligrafi Riq’ah. Jurnal Tifani. 

Laubaha, S. A. & Umar, Z. M. (2020). Khat Nasikh's Writing and Artistic Techniques In Calligraphy Learning. Online Journal of Language and Literature. 1(2)

Harun, M. H., Lubis, M. B., Habibi, M. R. (2012). Kaedah Pengajaran Seni Khat dan Jawi di Universiti. Sistem Pengajaran Khat Nasakh dalam Unit Kajian Jawi dan Khat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Makmur, Nor, M. R. M. (2010). ANALISA CORAK SENI KALIGRAFI ISLAM MALAYSIA: Telaah Terhadap Koleksi Seni Kaligrafi Islam di Musium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) Kuala Lumpur. 
























Comments